IKLAN

Saturday, February 5, 2011

Kisah Penjual Satay Yang Sombong

Hari ini aku teragak nak makan Bakso dengan nasi impit....sedapnya...balik dari kerja aku singgah pasar malam memandangkan hari ni agak penat nak masak pun tak sempat ..lepas magrib nak hantar anak mengaji pulak...aku pun terus menuju beli makanan yang terfikir di fikiran ku...mulanya aku belinasi lemak ayam goreng berempah yang sentiasa di kunjungi orang ramai...kemudian aku membeli bakso..semasa aku beli bakso tu memang aku tau dia tak jual nasi impit cuma ada Beehun atau mee sahaja.

Semasa aku menunggu menyiapkan mee untuk ku, aku dapati mee yang telah dimasukkan ke dalam plastik tu telah jatuh ke tanah dan dia mengambil mee tersebut dan letak di atas meja.Kemudian dia mengambil mee yang baru..akan tetapi anaknya mengambil mee tersebut dan bertanya kepada ayahnya ni ke mee dia, ayahnya hanya mengangguk dan tidak berkata apa-apa, dan anaknya letak terus ke dalam plastik dan bersama kuah bakso tu. Aku hanya memerhatikan sahaja..Tak sangka dia orang ni.. tapi memandangkan aku tak makan mee tu aku tak ada la mempersoalkan apa yang telah berlaku...tapi aku pun tak nampak mee tu ada yang terkena ke tanah atau pun tidak..mungkin plastik saja yang kotor. Aku pun dah letih malas nak berkata apa-apa..

Setelah itu, aku melihat deretan gerai di sebelah kiri ku dan terlihat ada dua gerai yang menjual satay dan sambil memerhatikan ada jual nasi impit ke tidak. Kalau ada rezeki ada la kata hati ku. Kemudian aku pergi ke gerai seorang Brother ni..aku bertanya "Bang nak beli nasi impit saja boleh tak?". Dia memandang ku dan melihat barang yang aku beli dan dia menjawab"Tak jual la nasi impit ni ,jual dengan satay je..Aku secara spontan menjawab"Ye ke?Tak palah.." dalam hati ku berkata sombongnya nak je aku jawab tak nak duit ke...RM1.50 pun duit jugak..terasa malu jugak dengan seorang pelanggan yang membeli satay dengan dia. Aku memang lepas ni memang takkan beli satu pun dengan Brother tu ..

Aku terus berlalu pergi pada seorang makcik ni dan bertanya "Nasi Impit ni jual tak?" makcik tu sambil tersenyum memandang aku sambil mengisi satay ke dalam bag kertas dan dia menjawab "Jual, nak berapa?""Nak 3 biji je" kemudian makcik tu ambil 3 biji nasi impit dan memberikan aku dengan kuah kacang sekali. Dalam hati kecil ku baik makcik ni dan sambil berdoa murah rezeki makcik ni..tapi memang selalunya aku tengok memang ramai yang membeli satay kepada dia..dan aku pun pernah beli satay dia boleh tahan sedapnya..Selepas aku dapatkan nasi impit aku terus balik memandangkan dah magrib dan hari semakin gelap.

Pengajarannya jika kita berniaga apa pun jangan la terlalu berkira dan menunjukkan cara yang sombong kepada pelanggan sesunguhnya rezeki tu akan datang kalau kita berniaga dengan ikhlas dan jujur..Tak salah kita berbaik dengan pelanggan tak rugi pun..mungkin orang akan doakan untuk kita..tapi kalau terus bersikap sombong orang akan ingat!! 

Tuesday, February 1, 2011

BERMULANYA KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 5)

 Tahun pertama di Universiti

Pada tahun 1997 merupakan tahun pertama aku menjejakkan kaki di menara gading. Satu-satunya universiti yang aku idam-idamkan sejak di bangku sekolah lagi. Setiap hari aku berdoa  pada Allah  S.W.T agar dia memakbulkan doakan ku in. Lebih kurang 5 bulan aku menunggu surat ke masukan ke IPTA. Aku dan sahabat ku telah berbincang andai kata tidak dapat menyambung pelajaran aku ingin membuka perniagaan memang itu niat ku.

Pada suatu pagi  balik daripada belajar komputer, aku bagaikan mimpi disiang hari, setibanya di pintu pagar rumah, aku terpandang satu sampul surat yang sederhana saiz besarnya dan agak tebal diluarnya terdapat logo UTM. Aku dengan tidak rasa sabar dan berdebar-debar membuka sampul surat tersebut sambil berjalan masuk ke halaman rumah ...sebelum sempat aku mengetuk pintu rumah aku bagaikan tidak percaya bahawa aku di terima masuk ke Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Aku membaca berulang kali surat tawaran tersebut...bolehkan tiba-tiba aku jadi "blur" mata tidaknya aku memang tak menduga bahawa aku berjaya sambung pelajaran dan sememangnya itu satu-satunya peluang yang aku ada. Aku amat bersyukur kerana aku berjaya memasuki UTM akhirnya.. Selepas aku membaca surat aku mengetuk pintu dan sambil menjerit memanggil nenek di dalam rumah. Agaknya nenek aku pun heran kenapa aku mengetuk pintu begitu kuat dan memanggil dia macam tu sekali..bila nenek buka sahaja pintu aku terus memberi tahu dia yang aku berjaya masuk universiti. Nenek aku begitu gembira bila mendengar aku masuk universiti. Aku berterima kasih padanya kerana tidak putus doa agar aku dapat melanjutkan pelajaran di universiti. Aku tanpa berlengah lagi aku terus menelefon ibu ku di pejabat. Bila ibu ku mengangkat sahaja telefon aku terus memberitahu dia bahawa aku menerima suarat tawaran memasuki ke universiti dan yang lainnya aku tak berapa faham mungkin terkehut tu masih ada lagi. Waktu tengahari ibu ku balik ke rumah dan membca surat tawaran itu. Ibu memberitahu bahwa aku akan memasuki Universiti pada hari ahad hujung minggu ini dan perlu membuat "medical check up". Terasa cepat rasanya aku dah nak pergi meninggalkan family yang begitu jauh bagi aku. Maklum la aku tidak pernah berpisah dengan keluarga ku selama ini. Walau bagaimanapun aku telah pun bersedia dengan keadaan ini.

Sebenarnya dalam minggu yang sama seingat aku surat tawaran itu sampai pada hari Isnin dan hari Rabunya aku mengambil ujian memandu. Syukur alhamdulillah berjaya akhirnya aku mendapatkan lesen kereta pada hari tersebut. Sekali lagi satu kejayaan buat ku. Keesokkan harinya aku pergi ke hospital berdekatan membuat pemeriksaan kesihatan yang mengambil masa agak lama juga sebab ramai yang akan memasuki IPTA pada hujung minggu ni. Semasa kau menunggu memasuki bilik doktor aku terpandang seseorang yang aku kenali...Dia merupakan rakan sepejuangan ku semasa di SMK Batu Kikir dulu. Aku menegurnya dan bertanya masuk mana dan dia kata UTM , Skudai dan aku kata pada dia sama la macam tu..Agak lama juga aku tidak berjumpa dia sejak aku berpindah ke Vokasional dulu..Semasa aku ingin mengambil keputusan jenis darah mata ku terpandang seseorang yang aku tidak kenali dan aku cuma memerhatikannya saha dengan bajunya yang kotak-kotak dan memikul bag Machester United..Macam poyo je mamat ni hehe..pada masa tu ramai yang aku tak kenal.. Semasa aku hendak pergi menelefon bapanya supaya mengambil aku di hospital aku terserempak seorang mamat ni yang aku perasan dia budak Elektrik semasa aku di Vokey dulu dan aku tanpa segan menegur dia dengan selamber dan bertanya dapat mana dan dia menjawab UTM, Semarak..dan dia bertanya ku  dapat mana dan aku jawab je la UTM, Skudai. Dalam beberapa haritu aku memang sibuk menyediakan kelengkapan dan semuanya untuk persediaan aku sebelum masuk di universiti.

Hari yang di nantikan sudah tiba, kami pergi ke Johor pada hari sabtu dan duduk di rumah saudaraku di Pontian, Johor. Mujur ada saudara di sana. Keesokan harinya, aku pertama kali menjejkkan kaki di UTM,Skudai,Johor. Besarnya UTM ni dan begitu cantik lanskapnya dalam hati ku... Aku melaporkan diri hari pertama di Kolej Tun Fatimah. Satu-satunya kolej yang penghuninya perempuan dan kolej-kolej yang lain ada penghuni lelaki dan perempuan. Setelah urusan selesai aku memasuki asrama yang telh di tetapkan. Roomate ku pada ketika itu semuanya satu kelas dengan ku pelajar SPH. Seorang daripada Pulau Pinang yang aku panggil Ira dan seorang yang aku panggil Diza yang berasal dari Johor Bahru dekat je la. Ke mana pergi memang kami bertiga la. Hari pertama mana kenal orang lagi dan pada hari tersebut telah adakan Hari Orientasi Mahasiswa semuanya pelajar tahun pertama yang baru masuk. Petang tu juga kami terpaksa berkumpul di dewan Tun Fatimah pada ketika itu. Terasa sayu juga hati ini bila memandang kereta keluarga keluar daripada kawasan asrama ku. Inilah kali pertama aku hidup berdikari tanpa orang tua di sisi. Memang banyak yang aku belajar sepanjang aku tinggal di sini.

Pada hari orientasi tersebut semua pelajar di kehendaki berjalan ke Masjid UTM dan di sana kami solat berjemaah dan kami melawat Perpustakaan Sultan Zanariah yang di panggil PSZ tempat yang aku suka berkumpul dan berbincang bersama rakan-rakan. Kemudian kami semua di kumpulkan ke dalam dewan yang nama singkatannya DSI. memang besar dan di silah para mahasiswa dan mahasiswi menerima sekalung ijazah. Orientasi kami di adakan selama seminggu. Sepanjang minggu itulah kami memakai baju kurung putih dan kain hitam. Terasa seksa juga minggu orientasi ni mana taknya tidur lewat bangun seawal 5.00 pagi.Namun begitu keseronokan itu tetap ada ramai kenalan baru dan aku rasa agak kelainan pada diri aku kerana masa aku masuk asrama di sekolah dulu aku selalu bersedih teringatkan family tapi pada kali ini aku tak rasa sebegitu dan aku seolah seperti biasa sahaja. Mungkin aku semakin matang dan untang-undang serta peraturan di sini tak sama seperti di sekolah. Di sini kami bebas cuma kalau outing jangan lewat daripada pukul 12.00 malam dah tentu kena ambil tindakan. Semua pelajar tahun pertama tidak di benarkan membawa sebarang kenderaan. Memang letih la berjalan kaki pergi ke kuliah. Buat kali pertamanya, kami berkumpul dan berjumpa rakan-rakan sekelas dengan ku. Agak terkejut juga mamat yang aku panggil poyo tu sekelas dengan aku rupanya hehe...Akhirnya kami berkawan baik...ye la dia sorang je budak Negeri. Agak tidak berapa ramai pelajar dalam kelas ku  lebih kurang 20 lebih orang pelajar sahaja. Kemudian kelas kami bergabung  dengan pelajar SPJ iaitu pelajar yang mengambil bidang Kejuruteraan Mekanikal. Hampir setiap hari kelas kami bergabung. kami berkongsi lecturer dan kami semua semakin rapat dan mesra. Sejak memulakan kuliah hampir setiap malam kami pergi ke PSZ untuk belajar bersama. Kusyuk sikit kerana suasansunyi dan tenang saja. Kalau di bilik mesti nak tidur tak pun berbual je hehe ada je kengkawan datang masuk bilik. Pada hujung minggu aku selalu melibatkan diri dengan program-program yang di adakan di Kolej terutamnya. Aku selalu melibatkan diri ku menjadi ahli jawatan kuasa sekiranya ada sebarang program di kolej .Harap-harap tahun depan kekal duduk di kolej ni. Kakak senior ni kata sapa yang aktif akan kekal duduk di kolej. Biasanya bila hujung minggu kalau tak balik kampung aku akan lepak di bilik tak pun keluar berjalan-jalan ke bandar JB. bandar Jb yang penuh sesak tapi baru-baru ni aku pergi ke JB memang dah jauh beza dan banyak laluan baru.

Semasa di semester pertama ini aku mula di bebani assigment dan ada beberapa subjek yang agak berat aku perlu belajar namun aku terus berusaha dan cara pelajaran di universiti memang jauh berbeza semasa di bangku sekolah. Kengkadang adakan kuiz secara mengejut dan assigment yang agak banyak dan hendak di hantar dalam tempoh seminggu ada individu dan ada secara berkumpulan. Memang satu cabaran bagi kami semua. banyak bahan yang perlu di cari di perpustakaan atau di internet. Orang kata UTM ni univesiti tendang-menendang mana taknya siapa pelajar yang pointernya di bawah 1.5 kebawah dua semester berturut-turut akan di buang universiti. Kecut jugak bila mendengarnya tapi aku tidak mau ianya terjadi bukan senang nak berjaya ni. Aku tidak sanggup menghancurkan harapan yang di beri. Cuti semester telah tiba aku balik ke kampung. Inilah pertama kali aku menaiki bas ekspress seorang diri. Alhamdulillah selamat...

Tahun pertama di universiti memang mengajar aku erti hidup berikari. namun begitu aku dah biasa membuat kerja seperti membasuh dan mengurus diri. Walaupun aku tiada abang, kakak dan adik aku masih boleh berdikari tanpa bantuan keluarga dan rakan. Sepanjang di tahun pertama pengalaman sehingga hari ni yang tak dapat aku lupakan ialah aku dan rakan-rakan ku yang lain memang lapar tahap gaban ...haha..aku samapi di UTM dari kampung agak awal dalam pukul 1. Samapi di UTM satu cafe pun di buka sama ada di kolej atau di luar kolej. Nak keluar kenderaan tak ada. Nak naik bas kena jalan jauh keluar sana. Mengenangkan baru balik kampung sebab itu aku malas nak keluar. Kawan-kawan yang lain pun turut lapar sorang pn tak ada maggi hehe..kalu tak boleh beli..aku hanya bawa sambal goreng dari kampung, Ira pulak tak ada bawak apa-apa pergi bilik kawan sebelah dia bawa telur rebus abang di kahwin tak silap apa lagi kami ambik telur rebus dalam 3 biji kami lenyek-lenyek dan campur dengan sambal goreng ...blasah...memang lapar yang tersangat...itu pun syer dengan Ira boleh la alas perut hehe..Lepas bangun dari tidor aku tengok ramai pelajar bawa makanan bungkus dan aku tanya beli kat mana? Kat cafe..Cantik la ...aku dari tadi menahan lapar ni. Lepas ni kalau balik dari kampung memang kena makan dulu...


Tunggu part 6 kisah aku di tahun dua banyak suka-duka yang aku lalui ketika itu..

Thursday, January 27, 2011

Hadiah Basikal

Hari ini merupakan Hari Kejohanan Merentas Desa di sekolah. Semua orang sibuk dengan tugas masing-masing..aku pun sama sekali.. Macam tahun lepas aku terlibat dengan check point.. 2 tahun berturut-turut tugas yang sama walaupun agak panas dan duduk di bibir jalan raya tapi aku rasa bersemangat melihat budak-budak berlari dengan pelbagai gaya. Ada yang berlari , berjalan macam melawat kawasan je hehe.. Yang dah terduduk dan terbaring pun ada... Mungkin tak sarapan pagi...walau bagaimanapun aku pada tahun ni terlibat dalam Hakim Penamat.. jadi aku tunggu je la budak- budak datang ke garisan penamat.. Guru-guru begitu bersemangat memberi kata- kata semangat dan menjerit untuk mendapatkan mata kemenangan rumah hehe.. termasuk la aku ni..mata diambil kira 30 minit pertama bagi peserta perempuan dan 20 minit untuk peserta lelaki..kali ini aku dikejutkan seorang pelajar tingkatan 1 pada mulanya aku terpandang duduk di belakang khemah ku.. sambil bersila bermain rumput dan tak lama kemudian ada pelajar bagitau cikgu budak ni tidur .. Biar betul tidur atas padang beralaskan rumput.. Kejut- kejut rupanya pengsan.. Cepat- cepat panggil PBSM .. Mungkin dah terlalu penat...kesian aku tengok budak tu..teringat pula zaman masa sekolah dulu sewaktu larian merentas desa memang betul-betul merentas desa sambil menikmati suasana kampung pada ketika itu haha jalan kaki la tak larat lari dah .. Ada yang balik rumah terus pun ada hehe..rindu rasanya... Yang pasti tak kan berulang lagi semuanya tinggal kenangan ...

Sekarang tiba masanya untuk penyampaian hadiah.. Semuanya tak sabar menunggu cabutan hadiah dan kemenangan untuk rumah mana.. Nampaknya pada kaki ini kemenangan jatuh rumah Biru Johan, Kuning naib johan , merah tempat ketiga dan yang akhir sekali rumah hijau... Penyampaian hadiah di selangi dengan cabutan bertuah tapi aku tak kisahkan sangat tapi bila cabutan kali terakhir yang akan mendapat hadiah sebuah basikal yang beratus harganya .. Kalau orang yangsenang ni memamg tak heran pyn basikal tu aky rasa..Namun begitu hati aku agak tersentuh bila nombor yang disebut dimenangi seorang pelajar yang aku kenali pelajar tingkatan lima dan seorang pengawas sekola dan amat menghormati guru baik budaknya.... Kengkadang aku selalu nampak budak tu di sebelah petang tak pasti di lewat balik kenapa tapi yang aku dapat tahu dia mempunyai latar belakang keluarga yang susah...aku boleh bayangkan betapa gembiranya dia memenangi cabutan hadiah tu... Tanpa segan silu dia berlari dan melompat-lompat untuk menunjukkan nombor cabutan bertuabnya sehingga terlupa nak bersalam dengan YDP PIBG ketika itu, terus je pergi ke basikal.. Rasa terharu rasanya dan memang puas hati rasanya dia yang dapat...

Semalam ketika aku hengajar aku terpandang pelajar tersebut dengan basikal barunya itu...dalam hati ku berkata alhamdulillah rezeki dia...

Sunday, January 16, 2011

Kesihatan

Pesakit jantung muda meningkat


20 PERATUS pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.


Ramli dalam usia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.
Pada suatu pagi, sewaktu Ramli hendak ke pejabat, dia mengalami rasa sakit dada yang amat sangat. Rasa sakit itu menyebabkan dia sukar bernafas dan tiba-tiba pitam.
Apabila Ramli pulih dan sedar semula, dia mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?
“Ramli, anda telah mengalami serangan jantung . Saya dapati serangan jantung berpunca daripada tabiat merokok anda,” terang doktor.
Kisah Ramli adalah lazim bagi kebanyakan penghidap sakit jantung tetapi belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.
Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung .
Biasanya selepas ini berlaku, barulah mereka bergegas berjumpa doktor dan diberitahu apa yang mereka alami sebenarnya merupakan gejala-gejala sakit jantung.
Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut.
Misalnya, berita kematian pelakon popular, Mohd. Faisal Yusup, 33 yang dipercayai diserang sakit jantung membuatkan orang ramai terfikir, betapa jahatnya penyakit jantung.
Pendek kata, sakit jantung kini tidak lagi berperangai ala-ala gadis sunti yang malu-malu seperti mana pernah dipertontonkannya dahulu.
Ia bukan lagi penyakit pak cik, mak cik. Bukan juga ia menyerang orang-orang kaya sahaja. Sila buang tanggapan anda bahawa ia jarang-jarang membunuh seperti tabiatnya sebelum ini.
Wabak ini juga dikatakan menjadi semakin kerap menyerang golongan muda.
Meningkat
Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.
Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.
Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua.
Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.
“Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.
Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai menjalankan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan segera membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan hospital jika tiba-tiba mengalami sakit dada.
Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.
Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.
Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.
Pemeriksaan kesihatan
Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:
* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
* Kepala berpusing
* Badan lemah serta berpeluh sejuk.
Dr. Zul Hilmi menasihatkan agar mereka yang mempunyai simptom-simptom tersebut supaya tidak membiarkan sehingga ke peringkat yang serius.
“Hampir sebahagian besar pesakit tidak mengendahkan simptom-simptom tersebut dengan alasan ia tidak serius. Apa yang perlu, jika anda mengalami simptom tadi, lakukan pemeriksaan kesihatan segera,” jelasnya.
Bagaimanapun, sikap tersebut merugikan kerana rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap serius penyakit yang dihidapi.

Kesihatan

Kuasa tanduk seladang


SEBAHAGIAN peralatan yang digunakan Pak Jang dan Roslan ketika mengurut pesakit yang dibeli dari Indonesia dan China malah ada yang dihasilkan sendiri.


RAWATAN urut tradisional merupakan amalan turun-temurun di kebanyakan negara di Asia malah kemampuan teknik itu kini mulai diterima di negara Barat berikutan keberkesanannya yang diiktiraf sains perubatan moden.
Urutan juga merupakan satu daripada cabang perubatan cara Islam manakala segelintir masyarakat menganggapnya sebagai perubatan alternatif.
Secara amnya, ia sesuai bagi merawat apa juga penyakit, sama ada penyakit baru atau sudah lama dihidapi, yang ringan mahupun yang kronik.
Selain mengatasi masalah terseliuh, kebas atau membetulkan perjalanan darah, teknik urut turut dikaitkan dengan rawatan mengembalikan kesihatan dan tenaga seksual lelaki terutama bagi wanita selepas bersalin.
Bagaimanapun, urutan yang menggunakan tangan sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mahir dan profesional kerana jika tidak mengikut prosedur, urutan boleh memudaratkan.
Namun, urutan menggunakan tangan sahaja tidak mencukupi kerana sentuhan itu kemungkinan kurang berkesan serta pesakit tidak merasa puas walaupun teknik yang digunakan betul.
Justeru, bagi seorang pengamal urutan tradisional dari Utara tanah air, Baharom Yunus berjaya mengenal pasti kaedah lebih berkesan bagi tujuan mengurut. Yunus yang mesra dikenali sebagai Pak Jang menjelaskan, penggunaan tanduk seladang betina serta beberapa peralatan lain.
Khasiat tanduk seladang
Pak Jang menambah, urutan menggunakan jari-jemari sahaja kurang praktikal berbanding penggunaan peralatan khas yang dibuat sendiri atau dibeli.
Katanya tanduk seladang betina yang diperoleh dari Indonesia digunakan dalam teknik urutannya yang dikajinya sejak 20 tahun lalu.
“Sebelum mengurut saya akan menggunakan jari-jemari yang bertindak seperti alat 'pengimbas' untuk mengenalpasti anggota badan yang mengalami masalah urat.
Selalunya bahagian yang mempunyai banyak benjolan merupakan kawasan yang perlu diberi perhatian.

TANPA menggunakan peralatan seperti yang ditunjukkan, proses urutan kurang berkesan dan tidak puas.


“Peralatan seperti tanduk seladang betina yang dibentuk seperti sudu digunakan bagi memecahkan bahagian saluran tersumbat yang berpunca daripada darah beku, lemak dan angin dengan bantuan minyak khas.
“Selagi terdapat permukaan tidak rata maka selagi itulah urutan dibuat. Apabila saluran bermasalah dirungkai dengan betul, aliran darah akan mengalir secara normal kembali,” katanya sambil mengurut seorang pelanggan menggunakan teknik tanduk seladang betina di Pondok Rawatan Nusantara (PRN) di Sungai Petani, Kedah.
Namun, bagi mereka yang tidak mahir dengan teknik berkenaan, dia menyarankan agar tidak sesekali mencubanya kerana khuatir boleh memudaratkan pesakit.
Paling penting katanya, urutan mesti sesuai dengan kaedah, tempat, kemampuan serta sensitif pada bahagian yang tidak boleh diurut.
Jelas lelaki yang kini menjangkau usia 63 tahun itu, teknik urutan yang diamalkannya seakan-akan terapi guasa dari China tetapi ia tidak terlalu ekstrem sehingga boleh meninggalkan garisan merah pada tubuh pesakit.
“Bagaimanapun, bahagian paling sakit dalam teknik ini apabila saluran darah tersumbat ditekan, tetapi kesannya selepas itu memang tidak sakit malah ada pesakit yang dipimpin sebelum rawatan mampu berjalan sendiri selepas diurut,” katanya.
Akuinya, setakat hari ini teknik berkenaan hanya boleh didapati di PRN sahaja malah dia menggunakan kira-kira 15 peralatan mengurut lain mengikut kesesuaian pesakit.
Antaranya, batu marmar yang dicanai khas, tanduk kerbau, tanduk seladang jantan, rotan, batu sungai dan tumbang kambing.
“Urut sepatutnya dilihat sebagai satu perubatan pencegahan dan sepatutnya dilakukan secara kerap. Ia sangat baik mencegah penyakit daripada menjadi lebih teruk seperti migrain, strok, lemah jantung, kebas, sengal-sengal selain bertujuan penjagaan kesihatan,” katanya.
Urut auta
Tegas Pak Jang, urutan yang dipraktik sejak sekian lama bukannya ‘auta’ kerana ia betul-betul teknik mengurut dan sentuhannya memang sampai ke urat malah mendapat pujian daripada pelanggan kerana teknik yang sememangnya berbeza dengan urutan dengan hanya menggunakan tangan.
Lebih menarik, Pak Jang yang sebelum ini pernah menderita penyakit jantung kronik mampu berulang-alik dari kediamannya di Permatang Pauh, Pulau Pinang ke PRN, Sungai Petani setiap hari kecuali Jumaat.
Sementara itu, bagi pengasas PRN, Roslan Mat Isa, 41, memberitahu, penggunaan kira-kira 15 peralatan mengurut itu lebih berkesan dan mampu menyembuh bahagian bermasalah secara terperinci.

BATU marmar yang dibuat khas turut digunakan dalam proses mengurut.


“Kalau menggunakan tangan semata-mata, keupayaan mengurut adalah terbatas kerana kekuatan manusia ini bukanlah kuat sangat. Kalau nak tekan dengan jari sahaja memang tidak terasa dan jika terasa sekalipun mungkin sekejap sahaja lepas itu kembali tidak selesa,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, di PRN mereka menggunakan pelbagai minyak bagi tujuan urutan. Antaranya, minyak kelapa dara, minyak bijan, minyak matahari, minyak zaitun dan minyak yang dimasak dengan ramuan sendiri.
Jelasnya, dengan bantuan Pak Jang serta tujuh orang tukang urut secara sambilan konsep urutan yang diperkenalkan PRN kini semakin berkembang dan diterima orang ramai kerana ia memberikan kepuasan maksimum.
Selain pendedahan ilmu urutan daripada Pak Jang, Roslan terlebih dahulu mengikuti kursus pelbagai jenis rawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), pusat perubatan swasta serta beberapa tempat lagi.
“Sebelum khidmat Pak Jang di pondok rawatan ini, saya juga mempunyai alat mengurut sendiri. Bagaimanapun, dengan kemasukan Pak Jang ke sini menjadikan rawatan lebih kemas,” katanya yakin.
Seorang pelanggan, Harun Hussain memberitahu, walaupun pertama kali dirinya membuat rawatan urut di PRN, tubuhnya begitu segar malah masalah di bahagian bawah lututnya semakin pulih setelah diurut menggunakan tanduk seladang betina.
Memang apabila urat ditekan pada ketika itu terasa sedikit sakit, tetapi dalam tempoh beberapa minit kesakitan itu beransur hilang,” katanya.

Saturday, January 15, 2011

Teori serangan UFO

Teori serangan UFO




PADA malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).
Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.
Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.
Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.
Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.
"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.
Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.
Kiamat
"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.
Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.

MISTERI kematian hampir 5,000 burung hitam sayap merah belum dapat dirungkai.


Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.
Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.
Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.
Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?
Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.
Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.
Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.
Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.
Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.
"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

DI Arkansas, ikan yang mati adalah daripada spesies drumfish sahaja. Peliknya ikan spesies lain yang ada di sungai sama tidak terjejas.


Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.
Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasi chemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.
Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.
Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.
Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.
Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.
Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.
Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.
Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.

BANGKAI burung hitam yang menghujani kawasan kejiranan Louisiana mendatangkan panik kepada penduduk setempat.


"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?
"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.
Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.
Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.
Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.
Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Saturday, January 8, 2011

KAU PERGI!!!! ( Siri 1)

KAU PERGI!!!! ( Siri 1)



Pagi ni terasa sunyi la pula.... Bila semua pergi bekerja dan sekolah... "Aku nak buat apa hari ni? " "Sekejap lagi tengahari mesti Saleh balik sekolah nak makan.." "Masak Asam Pedas, ikan goreng dan sayur je la, mak pun suka asam pedas kira settle la nih" Aku pun masak sampai siap dan tak lama tuh aku dengar orang bagi salam " Assalammualaikum"...aku pun menjawab salam.. Aku menyelak tirai di pintu gelongsor, kelihatan Saleh sedang menunggu di luar pintu..seperti biasa masuk bilik dan tanggal baju sekolahnya dan gantung di bahagian tangga katil dua tingkat tu.. " Leh nak makan ambik la kat dapur, Along dah masak" Saleh dengan tak sabarnya pergi ke dapur mengambil makanan di dapur.. Dan makan di meja makan yang berdekatan dengan televisyen.. Sebenarnya Saleh ini merupakan anak kepada kakak ibu ku yang aku panggil MakYus..Tahun ini, merupakan tahun akak penting untuk Saleh kerana Peperiksaan PMR hampir tiba.. Yang dulunya dia merupakan pelajar yang agak nakal di sekolah dan bila peperiksaan semua subjek berdakwat merah.. Oleh kerana sikapnya yang tidak mampu di kawal keluarganya jadi dia di hantar duduk bersama kami..

Aku sememangnya rapat dengan dia seperti adik sendiri dan kami selalu berkongsi cerita. Selepas makan malam seperti biasa dia ketagihan candu rokok memang kami sekeluarga tidak boleh menahan dia terus berhenti daripada menghisap rokok.. Aku memberi nasihat " Along tak marah ko nak hisap rokok, nak hisap...hisap la tapi jangan sesekali minta rokok dengan kengkawan, takut mana la tau ada yang dajal letak ganja dalam rokok tu tp kalau dapat kurangkan elok kurangkan" " Kawan Aleh tu yang kat rumah sana tu, memang ada ambil tapi Aleh tak ambik Long" "Bagus la macam tu?" Along rasa penuh harapan agar dia tidak bergaul dengan rakan yang tidak senonoh..

"Ishhh... Bosannya la duduk kat rumah, nak keje tapi...nanti dululah" sebenarnya aku baru saje menamatkan pelajaran di UTM pada ketika itu..hampir enam bulan aku menganggur akhirnya aku berjaya mendapat kerja sebagai Guru pada ketika itu..Syukur alhamdulillah walaupun dapat sekolah yang agak jauh sedikit lebih kurang 30 minit dari rumah ke sekolah...

Pada suatu petang balik daripada sekolah aku di luar rumah terdengar suara mak seperti sedang memberi ceramah pada Saleh... aku memberi salam dan masuk je ke rumah aku terus bertanya"Kenapa mak?" " Dia ponteng sekolah dah banyak kali, cikgu dia telefon mak pagi tadi balik tengok dia ada kat rumah tu bawak dia pegi sekolah" aku cuma diam dan memandang ke arah Saleh dan dia pulak cuma diamkan diri tanpa berkata apa-apa...aku masuk ke bilik tanpa pedulikan mereka di luar.. Bukan aku tak kisah tapi biarla mak je bagi nasihat.. Sepanjang Saleh duduk di rumah selalu jugak la
Mak menasihatkan dia..

Pada malam tu, aku dan Saleh berbual-bual di depan rumah sambil menghirup angin di luar.. Aku bertanya pada dia.. Apa cerita, tadi Leh?"Aleh ponteng sekolah" "Ko ponteng pergi mana??"Tak pergi mana pun pergi balik rumah je, boring la Long cikgu asyik tak do jo, apa lagi bla la"aku hanya mendengar dan sambil menasihatkan dia" Leh!! Tahun ni je ko nak study tuk PMR tinggal beberapa bulan je lagi leh, kalau ko nak pulun belajar sekarang ni la..sok nanti dapat result kut mengeluh nanti, jangan ikutkan hati dan kengkawan tu" "Kaklong tengok prestasi ko tu ada la biru eh jugak daripda dulukan, ko nampak tak bezanya ko usaha sekarang dengan dulu?" "Ko belajar la mulai sekarang lepas PMR sok tak pela boleh la hore-hore la kan" Saleh hanya merenung keluar seolah-olah memikirkan sesuatu.. Sejak daripada tu dia menunjukkan sikap positif..

Cuti sekolah hampir ke penghujungnya result PMR esok akan keluar..."Leh esok result PMR keluar, Along teman ko ambik result ye"" Mak pun nak ikut skali" "Agak-agak eh ko dapat berapa PMR leh?" " Entah la, tp kalau BI tu fail la kot" mak mencelah lagi tak pela ko dah usaha tunggu je la esok"...kami semua asyik melihat cerita di kaca tv tetiba mak bertanya" Leh ko suka perempuan macam mana?" dengan sepontan dia menjawab" Negro" " Hahahaha" " Ko ni Leh Negro ko minat kut orang putih yo jugak" Aleh tak puas hati bila aku gelakkan dia" Tak pe kaklong sok den cari lagi lawa daripda ko kaklong, Negro kulit eh lawa apo?"" Hahaha, yo la kiranya den ni lawa la, hehehe" " Leh ko sok nak jadi apa habis sekolah nanti" Saleh menjawab" Askar" aku menyelah ko ni memang dari kecik nak jadi askar" mak kata" kalau nak jadi askar pun Spm kena baik jugak terutama Bm dan math tu" Saleh diam je sambil mendengar...

Keesokan harinya kami pergi
Mengambil result memang tak ada yang A sekurang-kurangnya ada juga B,C dan D...bila dapat je result dia nampak happy sangat sebab daripada result dia yang dulunya merah... Sesampai di rumah dia kata" kalau Aleh belajar awal lagi hari tu boleh dapat lagi baikkan mak" " Kan mak dah cakap dulu, tak polah ni ko nak masuk sekolah mana ni?" masuk vokay je la mak.."" Cam tu kena beli dan isi cepat" " ye la esok Aleh pergi beli" kata Saleh penuh semangat!!!

Akan di sambung siri ke 2 nanti...

BERMULANYA KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 4)

AKU TERCABAR DAN DI CABAR

Terima kasih kerana sudi membaca kisah kehidupan seorang pendidik ini..Pada kali ini aku ingin berkongsi cerita tentang aku di cabar seorang pelajar dan guru lelaki...tentu nak tau kan kenapa ada di cabar dan rasa tercabar??? Ye, seperti biasa aku pergi ke sekolah menaiki bas sekolah yang dulunya kami panggil bas tu " Bas Roti Paun" hehehe..sebabnya atap dia macam roti paun yela zaman aku dulu mamak jual roti bawak motorsikal..Memang Best !!!! Bila aku teringat yang aku suka beli roti kacang atau kaya..Nyam nyam nyam..Hehehe..

Sebenarnya kisahnya aku di cabar ni, bermula ketika aku balik dari sekolah..masa tu tak ramai yang naik bas sekolah...mungkin memandangkan esok dah mula sukan tahunan di sekolah....Di pendekkan cerita, dalam bas tu adalah seorang BROTHER ni yang berlagak taiko la sangatkan dalam bas tu...masa tu aku ni buat bodoh je..mata aku hanya memandang di luar tingkap bas tersebaut..ye la aku ni malas nak tegur n masuk campur apa yang dia orang nak buat kat belakang bas tuh.....Sepanjang perjalanan dalam bas tu memang bising la ialah mana reti duduk diamkan..kemudian aku tertoleh ke belakang kerana terhidu ASAP ROKOK!!!! Dalam hati aku ni berkata " Suka hati ko la bang "..entah macam mana tetiba abang tu datang sebelah tempat duduk aku dan hembus asap rokok tu ke muka aku dan dia boleh berkata dekat aku " Brani bagi la tau cikgu!!!" tapi aku ni senyum sinis pada dia dan aku tak kata apa-apa...sebab dalam hati aku berkata" OOO..Cabar ye,nanti  kau" tapi aku buat muka biasa je dan tak tunjuk marah pun dekat dia, malas nak layan orang macam tu tapi aku terasa tercabar jugak la ...kalau dia tak cabar dan hembus kemuka aku asap rokok tu mungkin aku tak ambil tindakan apa-apa..

Kemudian ke esokan harinya aku mengambil keputusan untuk memberi tahu guru disiplin memandangkan aku adalah seorang pengawas sekolah dan aku memang tak teragak-agak memberi tahu cikgu tentang apa yang berlaku semalam...Geram punya fasal!!! Guru disiplin aku pada masa tu cikgu Dzulkifli memang garang gila..budak rambut panjang masa tu jugak suruh pergi kedai runting..rotan memang biasa pada dia..Aku dapat tahu Brother tu di panggil oleh guru disiplin tak lama tu..."Hahahaha, padan muka kau kena rotan dengan cikgu"baru tau sapa aku..hehehe...Yang bestnya balik daripada sekolah aku sekali lagi satu bast dengan brother tu...dia bercakap dengan kawan-kawan dia " Siapa tah bagi tau cikgu aku hisap rokok dalam bas??? " Aku macam biasa buat muka tak bersalah" , buat tak tau je.."Hahahaha..baru kau tau mentang-mentang aku ni perempuan ko pandang aku ni kecik je.." bisik kata hati ku...Sejak kejadian tu aku tak pernah lagi tengok dia hisap rokok dalam bas...bagus jugak bagi tau cikgu..hehehe..

Kisah yang seterusnya, aku mula memasuki ke alam menengah atas...Form 4...Lepas PMR result aku tak la teruk sangat dan aku masuk kelas Sains Unggu...Memandangkan cita-cita aku nak Arkitek atau engineer la konon pada masa tu  jadi aku mengambil keputusan isi borang masuk sekolah vokasional....aku berminat masuk sekolah vokasional sebab sebelum ni 2 orang sepupu aku masuk sekolah vokasional bila aku tengok subjek dan lukisan yang mereka lukis aku rasa tertarik ..memamg dari tingkatan satu lagi aku dah pasang niat nak masuk sekolah vokasional dan lepas tu nak masuk UTM,Skudai, Johor....alhamdulillah akhirnya aku berjaya masuk ke sekolah vokasional ambil jurusan Binaan Bangunan..seminggu sebelum aku masuk ke sekolah Vokay aku dan kawan ku berjumpa dengan seorang guru lelaki yang merupakan guru kelas aku masa tu...dan dia kata pada aku "Buat apa masuk sekolah Vokay ni ramai budak bodoh je yang masuk, betul basikal pun tak pandai"dalam hati aku "Cikgu ni betul-betul wat aku tercabar nih"aku memang cukup teras akan kata-kata dia di depan rakan ku pada masa tu...tak apa cikgu "Ingat aku masuk sekolah vokay ni tak ada matlamat agaknya..suatu hari nanti aku akan buktikan pada dia yang aku boleh berjaya walaupun masuk sekolah VOKASIONAL tu".

Seminggu selepas itu, aku berpindah sekolah di SMK Vokasional Juasseh...sekarang dah tukar SMT Juasseh..Hari pertama aku masuk ke sekolah tu aku cuba duduk di asrama sekolah. Ini kali pertama aku berpisah dengan family....Sedihhh Wooo!!!HAHAHa..tapi aku tetap kuatkan hati...sebenarnya sekolah aku dengan rumah bukannya jauh sangat pun tambang 50sen je daripada rumah ke sekolah..Sepanjang minggu pertama tu seperti biasa la ada minggu orientasi di asrama dan sekolah untuk para pelajar tingkatan 4. Kebetulan pengetua dan guru disiplin sekolah tu sekampung dengan ayah aku ...Cantikkk!!!

Kali pertama aku masuk ke asrama aku tak rasa sangat akan berjauhan daripada family...Pada malam tersebut kami semua berkumpul dan berjumpa dengan akak-akak senior dan masing2 ada kakak angkat..Sebenarnya aku bukan kisah sangat pun ada kakak angkat nih...tapi layan jugak la..kocik punyo hal!!! Kemudian ke esokan harinya balik daripada sekolah aku masuk ke dewan makan asrama..kalau nak tau seumur hidup aku inilah kali pertama  aku makan lauk masak lemak cili api yang agak cair kuahnya dan di dalamnya di isi ikan goreng tenggiri yang rasa tak seberapa...Aduhhh!!!Biar betul aku dah mula terasa lain je makan kat asrama ni..hehe..Mana taknya makan kat rumah tak jumpa macam tuh....petang tu pulak kami semua di kehendaki isi air dalam baldi penuh-penuh kemudian jirus pokok bunga yang ada kat situ...kebetulan mak aku datang melawat..hahaha..Selamat aku tak kena angkat..keje bodoh namanya!!! Malam tu pulak memang kami solat berjemaah, entah mengapa tetiba air mata aku meleleh teringat mak dan ayah di rumah trasa rindu dan sebak pulak...hehehe...Lepas kami solat Isyak kami semua di panggil oleh kakak senior dalam hati aku bila masa aku nak ambik buku baca nih..dah la pagi-pagi kena bangun awal pukul 5.00 pagi nak kena bangun lewat memang lambat la dapat mandi ...pada malam tu ada seorang kakak tu tegur aku muka aku macam Herman  Shah?? KURANG ASAM punya akak..yela aku masa tu rambut aku pendek macam lelaki...yang aku gunting sendiri..dan malam tu akak tu bertanya "Siapa hari ni ada pakai telefon publik dekat sekolah tu?" aku angkat je la tangan konon nak jujur tapi kena berdiri atas kursi minggu orientasikan....Ciss!!! Lepas tu pulak akak tu tanya " Siapa tak tutup kepala masa keluar tandas? " aku angkat tangan lagi.."Engkau lagi dik" tapi aku senyum je nak wat macam mana dah tuala aku jatuh basah masa tu kan...

Keesokan harinya, aku masuk ke bengkel Binaan Bangunan buat pertama kalinya.Besarnya..di bengkel tu ada bengkel kerja kayu dan bengkel membuat kerja batu bata..dan satu tempat bilik khas untuk guru-guru binaan bangunan...Pertama kali masuk aku mendengar penerangan daripada cikgu MAT ZAIN..Macam-macam dia cerita fasal bengkel  dan tu ini dan last sekali dia bagi tahu kami bahawa dia akan melanjutkan pelajaran ke UTM,Skudai,Johor. Paling aku terasa teruja dan sekali lagi terasa di cabar, bila dia kata dia nak tengok ada di antara kami ni akan jumpa dia di UTM, Skudai nanti..Wow!!! Aku sahut cabaran tuh..memang itu matlamat aku masuk ke Vokay nih!!!

 Kemudian hari ke empat aku rasa badan lemah dan terasa sejuk-sejuk ..apa lagi DEMAM la, nasib baik akak angkat aku tuh bagi aku penedol kalau  nak tau pertama kali aku makan penedol bila demam...hehe.. mana taknya 2 hari berturut-turut bermain dengan batu-bata,pasir dan kapor...nak patah pinggang aku di buatnya...dengan tido lewatnya lagi huh!!!Ke esokan harinya aku balik rumah dah aku kata pada ayah tak nak duduk asrama lagi sebab aku tak boleh nak belajar sebab masuk kelas je aku mengantuk dan bila malam tak boleh nak study...mana taknya aku ni study jenis yang suka dalam keadaan tenang.. bising pun layan lagu je...dan masa tu juga ayah pergi berjumpa guru disiplin dan juga merupakan ketua warden di situ..Kalau ikutkan cikgu tu memang tak bagi tapi akhirnya dia izinkan...terasa bahagia rasanya walaupun demam.Hahaha..!!!

Semasa di tingkatan 5 pelbagai suka-duka yang aku tempuhi... di sekolah aku di kelilingi teman-teman yang pelbagai ragam aku paling rapat dengan As, Ayu dan Mah suri..Pada suatu hari cikgu Zaid masuk ke kelas yang merupakan guru kelas kami dan juga mengajar subjek Teori Binaan Bangunan ...kami semua tengah kusyuk mendengar cikgu mengajar...tetiba terdengar bunyi kerusi patah ...bila kami semua toleh belakang terlihat kawan ku Dianah terduduk jatuh di atas lantai dan kakinya terhimpap dengan meja..Apa lagi kami semua gelak la satu kelas!!! Mana taknya kawan aku tu badan memang paling CUTE(paham2 jela)  dalam kelas tuh..mana tak patah kerusi bila kaki 4 jadikan dua kaki..suka lagi jengket kerusi tuh..hehehe..dan buat kami pecah perut nak ketawa lagi tuh apabila salah seorang rakan kami lelaki yang sedang gelakkan Dianah tu tetiba je GIGI PALSUNYA JATUH KELANTAi dan kemudiannya dia kutip dan pasang balik kegusi giginya!!!??? HAHAHAHAA!!! Kami semua serentak kata EEEEEEEaaaa!!!!!cuba bayangkan dah jatuh kotor kelantai boleh masuk dalam mulut..tapi dia boleh selamba dan tersenyum je..Aduhhh!!tak tahan kami gelak sakit perut aku dibuatnya...

Kemudian satu hari aku di denda cikgu Zaid sebab tak bawa buku teori kena duduk keluar kelas..Ya Allah!!! Tebal gila rasa muka nih nak sorok tak boleh mana taknya sebelah kelas aku tuh budak Automotif semuanya lelaki..hehe..tapi wat muka kesian je la aku kan..member-member kat dalam kelas aku tuh dok cakap kat cikgu tuh ala cikgu kesian la..ada jugak la 10 minit aku kat luar kelas tuh...Adoiii ai!!!

Tak lama tu SPM mula menghampiri alhamdulillah result percubaan SPMV aku agak cemerlang dan di saat ahampir sebulan aku ingin menduduki peperiksaan SPMV aku telah di uji ujian yang begitu hebat apabila mak dan ayah aku agak berantakan...hari-hari gaduh!!! Memang pelajaran aku cukup terganggu dan masa tu aku teringin nak masuk asrama tapi bukan itu jalan penyelesaiannya...aku tetap cuma harungi semua itu sehinggalah aku habis mengambil peperiksaan SPMV...Alhamdulillah sesungguhnya aku memang bertawakal pada Allah setelah aku berusaha sedaya upaya ku selama ini agar aku mendapat keputusan yang baik...

Selepas SPM, aku mengambil lesen memandu dan kelas komputer...dan tak lama tu , borang kemasukan UTM telah mula di jual dan aku terus beli dua borang UTM..hehehe..UPU pun aku ada ambil juga tapi aku kurang berminat...Semua borang aku isi sendiri kebetulan pada masa tu borang UTM perlukan result percubaan...aku pun mengisi penuh harapan..!!!!


Untuk tau kisah selanjutnya tunggu part 5 nanti ye...

BERMULANYA KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 3)

BERMULANYA KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK
(PART 3)
HISTERIA MELANDA SEKOLAH

Tanggal 1993 merupakan tahun ke dua aku bergelar Pengawas Sekolah...Pada tahun tersebut, banyak perkara yang aku lalui sebagai seorang pelajar, pengawas dan seorang anak tunggal....Sebagai seoarang pelajar dan bergelar pengawas aku dapat merasakan aura dan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar dan pengawas. Semenjak aku bersekolah di sini, setiap pagi aku akan bangun awal dalam pukul 5.40 pagi dan paling lewat pun pukul 6.00 pagi. Ini kerana pukul 6.30 pagi aku terpaksa berjalan kaki lebih kurang 200 meter ke jalan utama tempat aku menunggu bas sekolah...tapi ada kalanya aku bangun lewat pukul 6.30 pagi memang lintang-pukang aku siap hahaha...sebabnya bas awam las nak naik pukul 7.00 pagi..kalau tidak memang lewat la pergi sekolah...kalau tak pergi sekolah memang teruk aku kena leter dengan mak aku... tu yang tak tahan tuh..hehe..Aku masih ingat, setiap pagi Wan aku akan sediakan kuih cekodok untuk kami sekeluarga...aku suka cekodok tu kerana keranggupannya lebih-lebih lagi pagi tu pekena pula dengan kuah kari ketam, masak asam pedas atau sambal goreng ..Perrrrtthhhh!!!Tangkap sedap beb!!!  Kalau malam tu makan lauk tu, comfirm pagi tu aku bangun lagi awal ...hahaha...Boleh makan lama sikit..hehehe...

Sebenarnya semenjak aku di darjah 6 lagi aku di temani oleh sepupuku...yang aku panggil Kak Cik. Mungkin mak dan ayah kesian aku keseorangan sebab tu mak dan ayah ambil dia sebagai teman....Sebenarnya kami berdua bukannya baik sangat selalu je gaduh haha..dia suka sangat rembat barang aku mana taknya, budak-budak la katakan tak matang lagi hehe...dah besar ni baik je:) Tapi kami setiap pagi akan berjalan kaki bersama..nasib baik berdua, cuba bayangkan jalan yang kami lalui di sebelah kiri ada parit besar dan di kelilingi sawah padi yang terbiar dan 3 buah rumah sahaja yang ada di situ...lebih kurang 10 meter ke jalan besar aku terpaksa lalui pokok-pokok buluh yang merimbun dan kalau dilihat ke atas seolah-olah seperti pintu gerbang...dan  yang paling BESTTT sekali...di tepinya ada KUBUR LAMA di situ...Huhhhhhhh!!! Bila dah dekat situ je, aku nak lari pun tak boleh takut terpijak tahi lembu la pulak..kena la perlahan-lahan dan baca apa yang patut...tapi aku tetap beranikan diri...Namun begitu aku besyukur sepanjang aku lalui jalan di situ tiada apa yang berlaku...

Sampai di sekolah, kebiasaannya aku akan masuk ke kelas untuk meletakkan bag sekolah ku..Kemudiannya aku terus ke tapak perhimpunan sebab pukul 7.20 pagi sudah mula tugas ku agar memperbetulkan barisan pelajar mengikut kelas...Ya, seperti biasa aku akan berada di barisan kelas tingkatan satu atau kelas peralaihan...bila sebut kelas peralihan ni,ada satu kejadian yang membuatkan aku melarikan diri daripada terus duduk di barisan tersebut...Hahaha!!!Bila aku terlihat KUTU kepala yang begitu banyak sedang berjalan-jalan dan bertelur di kepala seorang pelajar perempuan India..Macam mana aku tak lari sebab aku tak pakai tudung lagi:)..Nasib baik aku tak terkena kutu tu, kalau kena masak aku nak ubatkan rambut aku nih yang agak panjang jugak waktu tu...

Bercerita tentang perhimpunan pagi pada suatu pagi semasa guru sedang rancak bercakap di perhimpunan aku dan semua pelajar yang berada di situ di kejutkan satu kejadian yang tidak di duga kami semua..Pada mulanya seorang pelajar perempuan tetiba duduk dan merenung jauh kelantai semua pelajar yang berhampiran dengan pelajar tersebut beranjak daripada situ dan selang 5 minit ada lagi seoarang pelajar buat perkara yang sama....dalam hati aku berkata "Apahal pulak nih" aku dah mula rasa macam ada yang tak kena..dan tiba-tiba 2 orang pelajar tersebut hilang ingatan menjerit-terlolong seperti di rasuk SYAITAN!!!!

Aku dan rakan ku apa lagi naik tangga dan berdiri di bahagian koridor blok tingkatan 6 yang terletak di belakang tapak perhimpunan itulah antara blok yang paling terhampir ...puas jugak la ustaz, guru-guru dan di bantu pelajar menenangkan pelajar tersebut..perkara ini berlarutan sehingga sebulan kalau tak silap aku la.....Semasa kehangatan kejadian  histeria ini berlaku sahabat aku Azlin telah bercerita pada ku dia mengatakan yang dia hampir di ganggu oleh satu Lembaga bewarna hitam di sebelah pintu belakang kelas yang tidak jauh daripada tempat duduknya...tapi dia buat tak tau sahaja...Katanya lagi tak lama daripada tu  tetiba dia dapat  merasakan sesuatu kelainan pada dirinya...Terasa badan seram sejuk...seolah-oleh ada sesuatu mula menusuk di Ibu Jari tangannya, cepat-cepat dia menekan sekuat hatinya dengan membaca surah kursi tapi katanya terasa payah sangat ingin membacanya kebetulan ada rakan yang terperasan akan kejadian itu terus membantu membaca surah Kursi dan Emapat Kul...Kebetulan, kejadian itu berlaku semasa guru tiada di dalam kelas dan sudah hampir waktu balik sekolah...Setalah bunyi sahaja loceng,  aku terus ke kelas Azlin memandangkan kelas aku di tingkat 1 dan dia di tingkat bawah...Aku terlihat dia duduk di bangku kerusi tempatnya seolah-olah melawan sesuatu..aku bertanya  kepadanya Kenapa??? Dia menceritakan segalanya kepada aku...tak sangka ianya terjadi kepada sahabat aku sendiri...

Pada suatu hari, semasa aku dan bersama rakan yang lain sedang menjalani latihan untuk pertandingan Permainan Chess di  Peringkat Daerah Jempol kami di temanii oleh guru pengiring kami..Aku tak ingat lagi siapa namanya...tapi yang aku ingat memang ramai pelajar perempuan yang ADMIRE dengan cikgu ini..salah seorangnya kawan karib aku:)...tapi aku tak ada plak rasa minat pun maybe HE IS NOT MY TASTE!!!Hehehe..Sebab cikgu tu berkulit putih kut dan berambut kerinting Hehehe!!!!... Kami menjalani latihan di dewan makan asrama sekolah dan berhampiran dengan surau sekolah. Kebetulan guru pengiring kami itu ialah salah seorang guru yang telah mengiringi pelajar ke Kem Badan Uniform Sekolah di HUTAN REKREASI ULU BENDUL!!!! Tempat ini, sering di berkunjungi orang-ramai membawa keluarga bermandi -manda, Hari Keluarga dan juga untuk sesuai untuk bercamping. Selain itu, tempat ini berhampiran dengan Gunung Angsi... Ramai yang membuat ekspidisi memanjat Gunung Angsi ...Aku hanya pernah sekali pergi kesana bersama Group Gunung aku semasa mengajar di SMK Undang Rembau dulu...Memang best dengan dia orang terasa rindu pulak nak panjat gunung:)...Buat pengetahuan semua, Gunung Angsi ini merupakan salah satu gunung yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Banjaran Titiwangsa ini adalah banjaran yang terpanjang di Malaysia  dan menjadi tulang belakang Semenanjung Tanah Melayu. Banjaran Titiwangsa ini di bawahnya merupakan Jalan Bukit Putus yang sangat popular di Negeri Sembilan antara Seremban ke Kuala Pilah....kalau tak silap aku semuanya ada 26 selekoh...tapi sekarang jalan tersebut telah di buat jalan yang baru dan tak perlu lalui selekoh tajam lagi...Paling mengerunkan kalau selisih dengan lori kontena memang terpaksa mengalah....jalan ini juga mempunya misteri juga...ada cerita mengatakan pemandu yang lewat malam melaui jalan ini pernah di tahan oleh seorang perempuan ingin tumpang balik ke rumah...seorang lelaki telah menumpangkan gadis tersebut dan dia menunjukkan jalan ke rumahnya yang tidak jauh daripada bukit putus tersebut..pada keesokan harinya lelaki tersebut datang ingin berjumpa dengan gadis tersebut malangnya ibunya telah memberi tahu bahawa gadis itu telah meninggal dunia seminggu yang lalu..Huuuhhh!!!  Satu lagi kejadian yang sama tetapi selendang perempuan tersebut tertinggal di dalam kereta yang di tumpangnya itu. Kemudian isteri keapa pemandu tersebut tidak semana-mana timbul rasa syak  wasangka kepada suaminya lalu membakar selendang tersebut... apa yang telah terjadi kereta Proton Saga mereka itu di hidukan dengan bauwan yang kurang enak iaitu BAU MAYAT.....SERAMMNYA!!! Dengar cerita, tiada siapa yang ingin membeli kereta tersebut...

Sambung balik kepada cerita Histeria di sekolah, menurut kata guru ku HISTERIA ini terjadi berpunca daripada DIA SENDIRI...   Kata beliau semasa dia membawa pelajar-pelajar mendaki Gunung Angsi, terdapat serumpun pokok buluh dan salah satunya menghalang perjalanan mereka dan tanpa berfikir panjang dia telah memotong pokok buluh tersebut...tiada apa yang berlaku pada waktu itu....


Semuanya berlaku selepas mereka semua kembali ke sekolah pada hari Isnin.Akhirnya cikgu ku telah berjumpa dengan seorang bomoh mengatakan bahawa beliau telah memusnahkan tempat kediaman MAKHLUK HALUS tersebut... ..Ini mendatangkan amarah kepada Makhluk tersebut. Kata bomoh tersebut dia meminta guru tersebut memohon maaf dan pergi ke sana dan meletakkan kain merah dan apa perlu dia buat aku dah tak ingat..Sorry Ek!!! Mungkin cikgu tersebut menuruti kata-kata bomoh tersebut membuatkan kejadian Histeria ini berhenti terus dan tiada lagi kejadian ini berulang...

Aku masih teringat akan pesan nenek ku kalau pergi masuk ke hutan kalau nak buat sesuatu kena minta izin dan beringat selalu... dan. aku pegang akan kata-kata itu sehingga sekarang...

MULANYA KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (Part 2)

MULANYA KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK
(Part 2)

Pada tahun 1992 , aku mula menjejaki ke sekolah menengah di SMK Pendeta Za'ba. Tahun itu merupakan tahun pertama aku menjejaki alam remaja...Walaubagaimanapun aku berasa amat berat untuk bersekolah di sana memandangkan tempat aku tinggal agak jauh kena 2 kali bas tu kalau kena tinggalkan bas sekolah hehe..Jadinya aku ambil keputusan untuk berpindah di sekolah yang lebih dekat dengan rumah ku...
Walaubagaimanapun,buka sekolah aku terpaksa bersekolah di sana selama satu minggu sahaja, akan tetapi peluang yang ada aku tidak siakan:)  sempat juga aku memasuki pertandingan syarahan dan mendapat tempat ke dua pada masa tu... alhamdulillah rezeki sebelum pindah sekolah ke Smk Batu Kikir. 

Seminggu selepas itu aku berpindah ke sekolah baru di Smk Batu Kikir. Ohh!! Seronoknya hati ini bila kedua mak dan ayah membuat pertukaran sekolah kerana sekolah ini merupakan sekolah yang aku idamkan selami ni...Hari pertama persekolahan, aku di masukkan ke kelas 1 Dahlia. Semasa aku menjejakkan kaki ke dalam kelas aku terpandang seseorang yang aku kenal sebelum ni...Hah!! Macam aku kenal je budak nih???!! Aku  tau nama dia??? Percaya atau tidak rakan mainan aku semasa sekolah tadika dulu di Berek Polis di Kuala Pilah masa tu...tetapi aku tak ada la tegur pun maklumla baru masuk sekolah baru dan aku duduk sebelah Asyura tempat duduk belakang sekali:).. Semasa jam loceng berbunyi sewaktu rehat aku pergi ke kantin sekolah sebab aku terasa lapar la pulak selepas makan aku dengan kawan aku pergi ke koperasi sekolah untuk membeli buku latihan sekolah..masa tu aku di temani Ida Royani rakan sekelas ku juga.. Tetiba loceng sekolah berbunyi.."Alamak buku tak beli lagi nih,loceng dah bunyi ni" bisik kata hati ku. Tapi kawan aku ni pun muka selamber je.. aku pun selamber je lah ...Yang lambatnya mungkin aku banyak ambil masa semasa makan di kantin... aku agak lewat sedikit untuk balik ke kelas sampai di bangunan kelas aku tu, aku lihat ramai pelajar di tahan oleh guru disiplin..Adushh!!! Tak fasal- fasal aku kena denda berdiri ditengah panas ni nasib baik tak kena rotan.. Mana taknya cikgu tu bawak rotan panjang!!! Bangunan kelas aku tu betul- betul berhadapan dengan padang sekolah, blok baru lah katakan...  Blok kelas aku tu hanya pelajar tingkatan 1 dan 2 je dekat situ... Lebih kurang 10 minit aku kena denda...nasib badan..nak buat cam ne.. Undang-undang pun tak tau lagi...Rasa malu pun ada.. Masa tu, waktu cikgu BM cikgu tu baik nasib tak kena marah lagi ...hehehe..

Kemudian habis kelas aku di kejutkan dengan kedatangan guru Bahasa Inggeris...Alamak!!Bukan ini cikgu yang denda aku tadi ke??? Telan air liur jugak la aku hehe...Mana tidaknya cikgu tu masuk je kami semua bagi salam dan semua kena berdiri atas kerusi...Kemudian dia tanya para pelajar sapa dapat jawab boleh duduk..aku tak ingat soalan apa tapi masa tu aku orang yang terawal dapat jawab soalan , jadi aku boleh duduk la :)...Alhamdulillah...Walaubagaimanapun, di pendekkan cerita akhirnya cikgu yang aku takut tu menjadi guru yang paling kamcing dengan aku. Semasa akhir tahun, boleh gelak-gelak dan lepak-lepak sambil tolong dia buat keje di bilik disiplin. Tapi aku tak berseorangan la, tetapi aku berdua dengan Ida Royani. Mungkin sebab pertama aku dan kawan ku telah memegang jawatan seorang pengawas. Sebab yang keduanya, pencapaian pelajaranku agak baik dan selalu dia tanya aku dapat jawab...aku suka cara dia mengajar walaupun mukanya agak garang, orangnya tinggi dan badannya agak tegap dan bermisai...MMMMM..Cikgu yang aku maksudkan ialah cikgu JAMALUDIN.. aku tak pasti cikgu tu masih mengajar di sekolah lama atau tidak lama tak jumpa.Cikgu ni hobi dia suka mendaki gunung. Hampir setiap petang lari bawak batu bata dekat padang sekolah. Selain daripada tu suka fotografi. Tapi yang tak bestnya bila tingkatan dua subjek BI cikgu lain yang ambil alih. Memang terasa perbezaannya, rasa tak best langsung.. nak tak nak terima jugakan.

Bercerita tentang pengawas, pada suatu hari aku di tanya seorang kak yang di kenali sebagai Kak Yan. Kak Yan bertanya kepada ku " Adik nak jadi pengawas??" aku tanpa berfikir panjang menjawab "Nak la kak" . Sebenarnya aku memang dah lama kenal dengan Kak Yan sebab dia satu sekolah rendah dengan aku dulu.  Seronok tak terkata memang itu yang aku hajati sebenarnya..Alhamdulillah.. Rupa-rupanya kawan aku Ida Royani tu pun di lantik sebagai seorang pengawas... Rupa-rupanya aku di cemburui raka sekelas ku sebab bila periksa mereka dapat nombor satu dan dua dan aku dapat nombor tiga...tapi aku malas nak layan, kiranya rezeki dan nasib aku lebih baik daripada dia orang...aku tahu pun bila kawan ku bercerita semasa naik tingkatan dua, dia orang dilantik sebagai pengawas...bagi aku buat apa nak dengki dengan orang rezeki masing-masing...

Semasa aku di tingkatan dua aku masuk kelas 2 Cempaka...kelas pandai la kan..hehe..teringat aku pada sahabat karib aku Azlina, Salawati, Yusmiza, Kak Aida dan Kak Suraya...MMmmm tapi semuanya dah tak jumpa lagi.. Semasa ditingkatan dua banyak juga kenangan manis yang aku  tak dapat lupakan..tak kurang juga kenangan pahit..Antara kenangan yang tak dapat aku lupakan bila aku bertugas di blok tingkatan satu dan kelas peralihan..selepas rehat semua pelajar di kehendaki beratur di luar kelas dan membaca buku nota masing-masing, pada masa tu para pelajar agak hormat pada pengawas yang bertugas...Terasa bangga pulak ...hik hik hik..Pada suatu hari, masa tu selepas rehat dalam menjalankan tugas, aku menyuruh pelajar beratur di luar kelas aku terdengar suara memanggil "LORILIANA" aku pun menoleh kebelakang dan tiada siapa cuma ada sebaris rimbunan pokok-pokok bunga dan bangunan tingkatan 5 yang tidak jauh dari situ...Kemudian sekali lagi orang memanggil "LORILIANA"..Aku pun menoleh sekali lagi bukan aku sorang saja mendengar malah budak-budak kelas peralihan tu pun mendengar...Akhirnya, aku terpandang seorang pelajar yang berkulit gelap hanya nampak gigi je putih sambil tersenyum kepada ku...Aku pun apa lagi "Heh..Main menyorok-menyorok pulak ko ye, sini beratur, ko ingat filem Hindustan apa???" aku menegur pelajar India tersebut sambil kontrol ketawa....Aku nak marah pun tak jadi marah..apa lagi mana yang nampak kejadian tu semuanya ketawa.

Sejak hari tu, aku pun tak tau kenapa la budak India tu baik sangat dengan aku hahaha...yang paling aku tak tahan tu dia siap cakap dekat kengkawan aku ni kakak dia.. Wawawa!! Sejak bila la aku ambik dia adik angkat...Layan je la...malas aku nak fikir ..Sebenarnya aku tak perasan rupanya BUDAK tu satu bas sekolah dengan aku..HaHaHa...tapi yang baiknya dia, bila aku tak ada tempat duduk dia dah cupkan tempat duduk aku...rasa terharu pun ada:) aku masih ingat lagi pada suatu petang aku tak balik sekolah tetiba je dia datang dekat aku masa tu aku dengan kengkawan tengah berborak di bawah tangga bilik guru..yang buat
aku nak ketawa pun ada dan kesian pun ya sebab aku tak faham langsung apa dia katakan sebab dia tak pandai cakap bahasa melayu memang tunggang-langgang tapi dari cara dia bercakap tu aku dapat agak yang dia bertanya kenapa aku tak balik sekolah ke hari ni...memang betul tanggapan ku bila aku kata " Saya tak balik hari ni sebab ada sekolah petang" sambil aku tersenyum pada budak tu...Selepas budak tu beredar aku dan kengkawan ketawa agak geli hati pun ada sebabnya dia seolah-olah begitu baik pada aku...apa pun bagi aku, aku tidak kisah sebabnya kalau orang baik pada kita tak salah kita baikkan...Tapi bak kata pepatah "BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SESEKALI".

Untuk mengetahui lebih lanjut tunggu part 3 ya:)

MULANYA KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (Part 1)

MULANYA KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK

Hari ini, aku ingin berkongsi cerita dan penglaman hidup ku sebelum bergelar "Pendidik". Banyak suka duka yang boleh kita kongsi bersama buat pengetahuan semua sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Universiti pada tahun 1997 ada yang hendak aku kongsikan bersama buat tatapan pembaca semua. Sejak aku di bangku sekolah rendah lagi, di Sek Keb Kuala Pilah aku berazam ingin menyambung pelajaran di UTM,Skudai,Johor. Pada ketika itu aku selalu berdoa kehadrat ilahi agar suatu hari nanti aku akan dapat melanjutkan pelajaranku di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai Johor...Itulah satu-satunya universiti yang ku idamkan selama ini. Entah, Mengapa aku begitu berminat sangat dapat masuk ke universiti itu? sedangkan banyak universiti lagi di dalam Malaysia ni. Mungkin sebab aku tertarik dengan landskap utm dan terutamanya yang paling aku tertarik masjid yang di bina di dalam UTM. Itu pun aku hanya lihat di dalam buku ke masukan universiti sahaja.


      Pada tahun 1991, aku telah menduduki peperiksaan UPSR.  Impian ku aku ingin menjadi seorang arkitek atau pereka dalaman. Sebelum menjelang hari peperiksaan UPSR aku tidak berapa sihat kerana demam, yang peliknya demam aku ni bila masuk petang aku rasa badan mula sejuk-sejuk nak demam pagi pegi sekolah elok pulak. Aku selalunya bila tak jalan je ubat klinik ibu ku mesti bawa aku jumpa doktor sengseh di Kuala Pilah. Doktor kata badan aku angin tdan panas dalam tu seingat aku lah. Paling aku tidak tahan bila terpaksa minum ubat mana tidaknya segala bahan jenis akar kayu aku terpaksa minum airnya, yang gelihatinya bila nak makan ubat tu aku terpaksa sediakan tiga cawan air air masak,nescafe dan air ubat akar kayu tu. Sebenarnya doktor sengseh ni dah kenal keluarga aku sejak ibuku di bangku sekolah lagi dan sampai sekarang doktor tu masih ada lagi. Setelah beberapa bulan aku mengambil peperiksaan UPSR, tiba harinya aku mengambil keputusan UPSR. Rasa berdebar-debar pun ada jugak masa terima slip UPSR masa tu. Walaupun aku hanya mampu mendapat 2A2B namun tidak mematah semangat ku mengejar impian dan cita-cita ku.

    Seingat aku, memang aku pernah berkata pada ibu ku aku tak mau masuk sekolah berasrama dan aku nak sekolah menengah di SMK Batu Kikir lepastu masa tingkatan 4 hendak ke sekolah vokasional. Itu yang aku kata pada ibu aku yang aku tidak akan masuk sekolah asrama. Maklum la aku ni anak tunggal dan tak pernah berpisah dengan keluarga hehehe....Kemudian tahun hadapannya aku mula menjejak kaki ke sekolah menengah suatu alam baru untuk aku bergelar REMAJA...

Untuk tahu lebih lanjut kisah hari pertama aku di SMK Batu Kikir aku denda dengan cikgu disiplin, bagaimana aku di lantik menjadi pengawas dan pengalaman yang melucukan dan seronoknya aku bergelar sebagai seorang pengawas??? tunggu coretan saya nanti...jumpa lagi




Friday, January 7, 2011

Kelebihan Selepas Solat Subuh Dan Pelakuan Selepas Solat Subuh



Pergerakan semasa bersembahyang merupakan satu aktiviti asas utuk kesegaran tubuh badan dan boleh memulihkan semula kesegaran tubuh badan dan boleh memulihkan semula kedudukan urat saraf . Banyak pergerakan dalam sembahyang sama dengan perlakuan senaman biasa, seperti berdiri tegap, membongkok(rukuk), bertimpuh ketika duduk antara dua sujud, sujud dan salam. Semua pergerakan ini mempunyai kesan baik kepada kesihatan badan manusia. Perlakuan qiyam(berdiri tegak) dalam solat dan kedudukan tangan berada di atas tangan kiri,dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari paras pusat. Perlakuan ini diamalkan oleh Rasullullah. Perbuatan melibatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua-dua tangan.

Mengikut ahli fisiologi, dalam posisi dan kedudukan ini , sendi siku dan sendi pergelangan tangan serta otot -otot dari kedua-dua tangan berada dalam keadaan rehat penuh. Keadaan ini melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya pelbagai penyakit persendirian seperti penyakit kelakuan sendi. Selain itu perlakuan ini juga boleh memejal dan mengejapkan otot dan urat saraf pada betis, paha dan pinggang.

Manakala perlakuan rukuk boleh meluruskan tulang belakang dan menguatkan saraf pinggang, lutut dan betis. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya."(HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban).

Selain daripada itu perlakuan ketika memberi salam di dalam solat boleh menguatkan otot dan saraf di sekeliling leher dan urat belikat. Menurut kajian yang terdapat di dalam buku Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains telah pun membuktikannya bahawa setiap pergerakan di dalam solat mempunyai keistimewaan dan baik untuk kesihatan manusia.(Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar, Ng Siew Cheok,2009:5-7).

Setelah bersembahyang subuh, satu senaman ringan perlu di lakukan, khusus untuk manjaga kekuatan pinggang. Senaman dilakukan menurut kaedah seperti di bawah:

i . Duduk bersila atau bertimpuh.
ii. Tapak tangan kanan diletakkan di atas lutut kana. Tapak tangan kiri diletakkan diatas pinggang kiri. Tepuk lutut dengan tangan manakala tangan kiri menepuk pinggang serentak tujuh kali.

Kemudian tukar kedudukan tangan dan tepukan. Ulangi sebanyak tujuh kali.

Ini merupakan senaman ringan setiap kali selepas solat subuh.

Amalan Tidur Dalam Masyarakat Melayu



Setiap manusia mempunyai amalan tidur yang secukupnya bagi memulihkan keaegaran badan, disamping membina kesihatan yang baik. Tidur yang sempurna akan menghilangkan kepenatan dan ketegangan urat saraf yang dialami sewaktu bekerja pada siang hari. Untuk mencapai matlamat tersebut seseorang itu haruslah mencari tempat tidur yang selesa seperti bilik yang memasuki udara. Selain daripada itu, seseorang ni harus mengamalkan petua-petua tertentu, di samping membaca doa untuk kesejahteraan diri.

Ketika hendak tidur seseorang itu perlu membaca ayat Al-Kursi untuk tujuan yang sama. Namun begitu, ada sesetengah masyarakat melayu melakukan senaman ringan ketika berada di tempat tidur, iaitu dengan menekan di bahagian ari- ari dengan menggunakan kedua- dua hujung jari tangan, dan menolaknya ke bahagian bawah pusat. Amalan ini boleh mengelakkan seseorang itu terkena sakit uluran, sakit perut dan bengkak- bengkak pundi kencing.

Amalan ini juga boleh di amalkan setiap hari bagi mereka yang mengidap sakit lemah tenaga batin, sakit aluran bagi lelaki dan bengkak urat peranakan bagi perempuan yang melahirkan anak. Amalan ini sebaik- baiknya dilakukan di waktu pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur.