IKLAN

Friday, January 7, 2011

Kelebihan Selepas Solat Subuh Dan Pelakuan Selepas Solat Subuh



Pergerakan semasa bersembahyang merupakan satu aktiviti asas utuk kesegaran tubuh badan dan boleh memulihkan semula kesegaran tubuh badan dan boleh memulihkan semula kedudukan urat saraf . Banyak pergerakan dalam sembahyang sama dengan perlakuan senaman biasa, seperti berdiri tegap, membongkok(rukuk), bertimpuh ketika duduk antara dua sujud, sujud dan salam. Semua pergerakan ini mempunyai kesan baik kepada kesihatan badan manusia. Perlakuan qiyam(berdiri tegak) dalam solat dan kedudukan tangan berada di atas tangan kiri,dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari paras pusat. Perlakuan ini diamalkan oleh Rasullullah. Perbuatan melibatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua-dua tangan.

Mengikut ahli fisiologi, dalam posisi dan kedudukan ini , sendi siku dan sendi pergelangan tangan serta otot -otot dari kedua-dua tangan berada dalam keadaan rehat penuh. Keadaan ini melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya pelbagai penyakit persendirian seperti penyakit kelakuan sendi. Selain itu perlakuan ini juga boleh memejal dan mengejapkan otot dan urat saraf pada betis, paha dan pinggang.

Manakala perlakuan rukuk boleh meluruskan tulang belakang dan menguatkan saraf pinggang, lutut dan betis. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya."(HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban).

Selain daripada itu perlakuan ketika memberi salam di dalam solat boleh menguatkan otot dan saraf di sekeliling leher dan urat belikat. Menurut kajian yang terdapat di dalam buku Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains telah pun membuktikannya bahawa setiap pergerakan di dalam solat mempunyai keistimewaan dan baik untuk kesihatan manusia.(Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar, Ng Siew Cheok,2009:5-7).

Setelah bersembahyang subuh, satu senaman ringan perlu di lakukan, khusus untuk manjaga kekuatan pinggang. Senaman dilakukan menurut kaedah seperti di bawah:

i . Duduk bersila atau bertimpuh.
ii. Tapak tangan kanan diletakkan di atas lutut kana. Tapak tangan kiri diletakkan diatas pinggang kiri. Tepuk lutut dengan tangan manakala tangan kiri menepuk pinggang serentak tujuh kali.

Kemudian tukar kedudukan tangan dan tepukan. Ulangi sebanyak tujuh kali.

Ini merupakan senaman ringan setiap kali selepas solat subuh.

No comments:

Post a Comment

come and join my blog:)

Note: Only a member of this blog may post a comment.